Wednesday, April 6, 2011

PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI

1. E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti)Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”.


2. June King McFee, mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika.Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.

3.Victor Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat componen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas )fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan) dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli serta kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat,merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses engamatan dan merekod.)

4.Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains,

5.Laura H. Chapman

i)  Kaedah penjanaan idea(inception of idea) – dalam penjanaan sesuatu idea, pengkarya perlu  menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya.

ii) Pengolahan dan pemurnian(elaboration and refinement) – proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses in untuk memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan 
tema dan objektif penghasilan.

iii) Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium) – bimbingan penggunaan bahandan teknik penggunaan serta penghasilan diberikan melalui demonstrasi dan tunjukcara supaya pemilihan bahan mempunyai makna dan nilai tersendiri.