Monday, March 14, 2011

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni

Pendidikan Seni Visual adalah satu program yang bersistem, terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan individu.  Keperluan individu dapat dicapai melalui aktivciti seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiranmengenai proses, teknik dan media serta pembentukan nilai.  Feldman (1996), memberikan definisi tentang Pendidikan Seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini ialah seni visual yang meliputi catan, arca, seni bina, kraf, reka bentuk industry, fotografi, filem, televisyen dan seni perkomputeran.  Disiplin mengkaji fungsi dan bentuk setiap objek yang kita hasilkan.  Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual merangkumi kaedah yang digunakandalam menghasilkan seni, mepelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni dan melihat nilai hasil seni individu.

Pendekatan bermaksud perihal mendekati.  Dalam bidang pendidikan, pendekatan merujuk beberapa teori yng berkaitan dengan sifat-sifat semula jadi pembelajaran.  Ia menghidangkan pelbagai prinsip yang menjadi pegangan dalam sesuatu pengajaran.  Jadi pendekatan adalah terdiri daripada ilmu-ilmu tentang pengkaedahan.  Pelbagai pendekatan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni.  Pendekatan kemanusiaan  digunakan dalam proses mengajar Pendidikan Seni yang berlandaskan pelajar akan mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. 
Feldman (1970) telah mengkategorikan empat struktur asas kurikulum Pendidikan Seni Visual melalui pendekatan ini iaitu Kategori pengajian kognitif, pengajian linguistik visual, pengaajian media dan pengajian kritik.   Dalam pengajian kognif pelajar-pelajar didedahkan dengan maklummat fakta dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan seni visual.  Dalam pengajian Linguistik Visual, pelajar akan diajar mengenai laras bahasa visual yang terdiri daripada unsure-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan atau gubahan.  Manakala dalam kategori pengajian media pula aakn mempelajari bagaimana mengenali media dan menggunakanya dengan betul  Kategori pengajian kritik yang dimaksudkan adalah suatu proses memperkenalkan palajar kepada sifat semulajadinya sebagai pengritik yang melibatkan penggunaan keupayaan pelajar dalam membuat pemerhatian, membuat spesifikasi, intuisi, membuat andaian dan boleh menyelasaikan masalah apabila nerhadapan dengan proses penciptaan karya atau bentuk seni.
Pendekatan behavioralisme digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu menekankan pendidikan yang berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar adalah penting untuk memastikan kejayaan yang lebuh berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran.
Pendekatan pengamatan juga merupakan satu pendekatan yang penting digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.  Pengamatan merupakan pembelajaran melalui deria adalah kunci kepada segala ilmu dan pengetahuan.. Ianya adalah tingkah laku asas dalam proses seseorang melengkapkan ilmu pengetahuan melalui penerokaan alam persekitarannya.  Proses pengamatan melibatkan sesorang pelajar membuat peneltian, menganalisis, mengsintisis dan menilai.
Pendekatan konstruktif juga digunakan dalam Pengajaran dasn pembelajaran Pendidikan Seni Visual.  Mengikut pendekatan ini proses pembelajaran para peljar bukan sekar mengingat dan memahami sesuatu pengetahuan tetapi mereka akan juga menggunakan ingatan dan kefahaman mereka itu untuk membina sesuatu konsep.
Pendekatan perkembangan menyeluruh diaplikasikan dengan tujuan memenuhi tuntutan domain kognitif, afektif dan psikomotor.  Domain kognitif berkaitan dengan ilmu-ilmu gubahan, prosedur, sejarah dan apresiasi, estetika serta seni dalam kehidupan.  Domain afektif adalah suatu aspek yang berkaitan dengan nilai,sikap. Minat, keperihatnan, mempunyai pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik.  Domain psikomotor lebih menumpukan kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boelh terbentuk melalui aktiviti dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Yang meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan, otot dan mental.

Kaedah pula adalah satu prosedur yang dirancang untuk satu proses pengajaran yang tetratur, kemas dan sistematik.  Ia melibatkan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapid an berkesinambungan yang perlu dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.  Dlam bidang pengajaran, kaedah merupakan satu ikhtibar keseluruhan untuk mencapai sesuatu objektif. Pwemilihan sesuatu kaedah adalah didasarkan kepada pendekatan yang dia anuti. Terdapat beberapa kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sin Visual iaitu kaedah studio, kaedah artis professional, kaedah apresiasi , kaedah media baru dan lain-lain
Teknik pula ialah satu bentuk srategi yang digunakan di peringkat pelaksanaan.  Ia merupakan satu muslihat atau taktik untuk tindakan menyampaikan bahan- bahan pengajaran kepada pelajar di dalam kelas.  Teknik apabila realisasikan dalam kelas menjadi aktiviti pembelajaran.
Strategi menandakan satu perancangan atau operasi.  Ia merupakan satu urutan peristiwa yang boleh diperluas dan mengalami perubahan yang subtantif di kalangan pelajar dan guru.  Strategi merupaka aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran yang diperlukan.  Dalam pengajaran dan pembelajaran, proses penyampaian akan melihat tiga bentuk strategi iaitu pendekatan, kaedah dan teknik.   

No comments:

Post a Comment